Tuesday, April 27, 2010

Curve Blackberry.

Entah mengapa, kali ini...aku tidaklah seghairah sebelumnya tiapkali dapat telefon baru ( takde la banyak kali pun tukar hp). Rasa suam² saje perasaan ni bila dapat telefon baru. Maybe sebab aku tak mengidamkan sebuah telefon semacam blackberry ni. Fungsi yang terhad apabila tidak di sertakan dengan BIS ( blackberry Internet service ) membuatkan aku kurang berkenan dengan telefon ini. Untuk memiliki telefon ini saje sudah mencecah RM yang banyak sekali. Itu belum kira aksesori yang lain. Bila dah dapat.. tidak pula boleh menggunakan ke semua aplikasi yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Semuanya bergantung pada BIS. Tiada BIS, seumpama kapal tiada layar...tak boleh bergerak. Bukan tak boleh melanggan BIS, tapi rasanya satu pembaziran apabila perlu membayar untuk BIS berkenaan yang tidaklah di perlukan sangat . Mana tidaknya...kalau di ofis..sudah tentu ada di sediakan line internet...di rumah pulak ada broadband @ streamyx....pada masa bila yea.. BIS ini sangat berguna? Bila keluar berjalan² ? Dah keluar buat cara nak keluar... kalau keluar pun masih nak mengadap facebook,blog,twitter & etc.. baik kita duduk saje di rumah.

Mungkin......aku belum berjumpa dengan keistimewaan blacberry ini. Apapun..terimakasih banyak² pada sanggup menghadiahkan aku sebuah smartphone blackberry ni. Paling tidak...aku akan jaga dan sayang phone ni kerana orang yang memberi phone ni. yealah....aku akan langgan BIS sebab dia. :)

Sunday, April 18, 2010

Coffin Exhibition





Balik dari batu gajah hari sabtu tiba di kl sentral lebey kurang pukul 2.3o petang. Takde plan ape²...so tak tau apa nak buat akhirnya buat keputusan aku dan partner akan pergi ke muzium. Dekat aje dari klsentral. Lagi pun di muzium ada exhibition keranda. Jadinya kami pergi ke sana untuk melihat sendiri keranda² yang wujud di malaysia ni.

Pada mulanya memang dah menyiapkan diri supaya jangan takut or rasa seram. Sebab sebelum ni pernah pergi muzium juga tengok pameran hantu. Hah!...time tu seram. Kali ni nak tgk pameran keranda. Takut juga...kalau² terbawak² nanti.

Bila dah sampai, sebelum tgk pameran, pergi isi perut sekejap. lapar plak. maklum la makan cuma waktu sarapan seawal 9 pagi. Cafe muzium memang teruklah...kecik aje. Maybe perlu di pelbagaikan. Harganya boleh tahan mahal. Rasanya boleh tahan tak sedap. Dek kerana lapar..makan jugaklah.

Lepas tu, kami pun masuk ke pameran dengan bayaran RM2.00 setiap kepala dan RM3.00 kalau nak snap gambar. Apalah perlunya RM3.00 tu ...urrmm...dan x tau la kenapa hari tu baik hati sangat pergi bayar RM3 tu...orang lain snap bagai nak gile...tapi x bayar pun.

Masuk²..mula² sekali dah ada kubur buatan...lepas tu tunjuk rangka manusia... oh...seram juga yea...kemudian...masuk lebih dalam lagi...dan lagi...dan lagi.... di simpulkan... takde seram mana gi pameran ni pasal mayat² yang ada dalam keranda hanyalah buatan manusia...bukan yang asli punya mayat. takde mayat awet. oh bersyukurlah..... senang hati nak melawat pameran. Tapi rasanya pameran ni macam x cukup rasa lah.... rasa macam sikit sgt keranda² yang di pamerkan. Maybe juga keranda² ni hanya datang dari malaysia bukan seluruh dunia. Terpikir balik kan..RM2..apa lah yg depa boleh bagi lebih dari tu. Kira oklah.

Cuma nak komplain. Aircon kat muzium sangat² mengecewakan...panas betul dalam tu...dah la ramai orang bersesak sesak... jadi tak selesa nak membaca info² yang ada. sudahnya 2 kali pusing dalam bilik pameran...2 kali lah hanya tengok keranda²... tak bkesempatan nak baca info² yang ada. Rasa panas tu membuatkan rasa nak cepat keluar dari bilik tu.

Kemudiannya bila keluar...cuaca memang sangat panas... x boleh tahan...terus cabut dari muzium. Lagi pun perut dah lapar balik.

Secara keseluruhan...tidaklah menarik lawatan kali ini. sekian.

Saturday, April 17, 2010

Roadtax

Contoh roadtax dedulu. hehe...

Dah masuk 2 tahun dah motor yang aku pakai. Ini untuk kali ke 3 Roadtax di renew. Kali ni amik insuran sendiri. Tak mau lagi pakai kedai. mahal gile. Syukurlah, selepas sebulan sangkut untuk renew roadtax,akhirnya selamat dah di renew. Takde la rasa takut² lagi nak ronda² or merempit guna motor. walaupun xde lah kemana sangat aku menggunakan motor tapi rasa x sedap kalau roadtax dah mati. skang rasa senang hati.

Friday, April 16, 2010

Anak-Anak Bulu Tersayang.

gambar terbaru Obi + Uju yang suka kongke katil.

Ini ialah kucing kesayangan sekeluarga. Obi + Uju. Obi berwarna oren dan Uju berbulu batik. Comel sangat skang depa ni. Manja dan tak takut orang lagi.

Masa balik kg. dapatlah lepaskan rasa rindu yg terpendam sejak sebulan yg lalu. Tak tau la kenapa rasa rindu sangat pada budak bulu 2 ekor ni. Hari² teringat. Mungkin setelah hidup bersama lebih setahun membuatkan mereka ni dah jadi sebahagian dari hidup aku kot.

Mula² sampai, rasa happy tengok Uju yang semakin memboroi dan sihat. Bersinar² mata dia. Badan nya yg semakin bulun aka gemok memang membuktikan dia suka dan happy sangat hidup bebas berlari. Tak macam masa dok apartment kat KL. selalu aje murung. selalu mengadap tingkap. tapi tak nampak apa² pun selain banggunan aje. sian sangat. sungguh pun macam tu, dia tetap maintain happy dan sihat. Buktinya dia tak pernah sakit sepanjang di bela sejak berumur 3 bulan. Cuma bila di biarkan lepas bebas sejak di bawak balik kg. dia jadi bertambah happy dan ceria. Sungguh benarlah telahan selama ni, dari mata dia...aku nampak dia mahu kan sesuatu yg lebih dari hidup terkurung di apartment. walau cukup makan dan kasih sayang...dia juga mahu kan kebebasan. Bagi kes Uju...tepat sungguh keputusan membawanya pulang ke kg. dan hidup dalam suasana bebas di kg. senang hati ni bila tgk dia happy sangat² hinggakan sesape datang umah dia nak dok atas riba. hehe. begitulah Uju.

Lain plak citernya ngan Obi. Sewaktu mula sampai di kg. Obi kelihatan Ok² aje. Dia excited bila nampak aku. Tapi bila di dukung, dapat rasa dia hilang berat badan. Walau tak banyak , dia nampak susut sedikit. Malam tu, aku biarkan saje anak² ini tido dalam sangkar. Esok pagi nya tanpa buang masa aku memeriksa Obi. Ternyata Obi tak berapa sesuai untuk hidup bebas di luar. Mungkin amik masa yang lebih utuk sesuaikan diri. Mata Obi sayu...letih dan merah sekelilingnya. Macam x cukup tido. sepet macam orang jepun. kurus sedikit badannya. Dan yang x best dia ada masalah kencing x lawas. Asyik nak kencing tapi kencingnya menitik² aje. Aku kira Obi sakit. Tak sihat. Cuma rasanya Obi bukanlah sakit teruk. Dia x lagi mampu membiasakan diri dia dengan keadaan yang baru. cuaca panas yang melampau dan dia x pandai jaga diri.

Nak bawak gi klinik rasanya x perlu. Obi cuma demam. badannya panas. Pagi tu, aku mandikan Obi dan Uju. Ternyata Obi suka mandi. Dia rasa lega kot. Uju marah² mcm selalu.hihih. Lepas mandi dan keringkan...aku bg makan...kemudian aku tgk Obi kencing...ada peningkatan. Ada juga air kencing yang keluar memancut walaupun sedikit berbanding semalam, menitik². urmm... sah la ni sbb badan dia panas. Obi adalah seekor kucing yang malas minum. Aku cuba mendapatkan ubat di klinik. Ubat demam dan vitamin. Doktor tu sombong betul. Dia takmo layan kecuali aku bawak kucing utk di rawat. Aku rasa itu cuma buang duit. Obi bukan sakit teruk. Nanti charge rawatan dia je dah berapa, belum ubat lagi. Mengadalah doktor kat batu gajah ni. di sbbkan kesuntukan masa, aku takde masa nak bawak Obi ke Ipoh. Jadinya aku buat cara lain.

Pernah terbaca tips, kalau kucing kita demam, dah darurat, kita boleh guna panadol syrup kanak². Cuma kurangkan separuh dos. Itulah yang aku buat. Aku beli syrup panadol tu dan aku beli eye mo untuk melegakan mata dia. Rupanya Obi tak tahan pancaran matahari. Mata dia cepat letih dan merah. 3 hari kat kg. aku x pernah miss bagi makan ubat dan bubuh eye mo dalam mata Obi. ternyata berkesan. Kesihatan Obi semakin baik, kencing pun macam banyak je dalam bekas pasir tu. Mata dia dah tak sepet lagi...merah sekeliling mata dan hilang. takde dah panggilan kucing jepun pada Obi. Dia banyak aku restkan dalam bilik. suruh tido atas katil. Walaupun tercirit² sikit...tapi dia makin berselera makan. Itu yang bagus. Bila selera makan dah ada...dia pasti akan sihat balik macam biasa.

Mak cakap Obi ni manja sangat. Dia tak biasa panas². Bila nak masuk tengahari dia mesti mintak masuk dalam umah. dia nak tido dalam umah bawah kerusi. Takpe lah.. asalkan Obi sihat. Dia Ok...dia happy actually bila dibenar lepas bebas berlari, cuma badan nya dan mood dia lambat menerima keadaan yang baru. Mujurlah Uju ada, bila dia murung...Uju la yg menjilat dia selalu kata mak. Uju adalah kucing yang baik dan sangat cute.

Terpikir juga nak bawak balik KL, tapi mak kata jangan. Bagi masa lagi. Diorang suka dan happy hidup bebas tu.Jangan di kurung lagi. Ialah...bila tengok diorang awal² pagi selepas di benarkan keluar sangkar (malam tido dalam sangkar)..duduk di halaman rumah sambil cuci² badan pastu tengok² burung...then nampak rerama depa terlompat lompat girang gembira...rasanya...x sampai hati ni nak bawak balik KL lagi. Obi akan di pantau dari masa ke semasa. Uju nampaknya dah boleh survive di dunia luar. syukurlah.

Nanti bila balik Kg. lagi...Boleh cerita panjang lagi pasal Uju + Obi.

:)


Thursday, April 15, 2010

Daun Ketum

Daun Ketum yang di biak.

Hah..pernah tengok daun ketum? Pernah minum air daun ketum? Bahaya tau daun ketum ni kalau di salah gunakan. Nampak macam takde menda aje daun ni. Actually. gambar kat atas ni ialah daun ketum yang di biak, maksudkan di tanam dan di jaga. Urat pada daun berwarna putih kalau pokok ini di biak. Jika ia tumbuh di paya²...membiak sendiri...urat daunnya berwarna merah. yang membiak sendiri itu sangat power kalau kena.

Cerita daun ketum ni ada kena mengena dengan cerita penyakit kencing manis sebelum ni. Masa balik batu gajah, bila disahkan mak kena kencing manis yg tinggi, mak & ayah cuba cari altenatif lain juga untuk mengurangkan kencing manis ni dengan cara traditional. Di katakan, jika mengamal meminum air daun ketum ni, paras gula dalam darah akan mendadak turun, jika di amal, boleh menstabilkan paras gula tu. Makanya, aku dan sepupu serta mak & ayah pergi mencari daun ketum ni di sebuah kg yang sangatlah menakutkan bila dah sampai kat situ. suasana kat situ betul² macam dalam imaginasi aku rupa kg. orang bunian. Kg. Kota Bharu, perak. memang menyeramkan bila tiba di perkampungan tu. rumahnya banyak, tapi dah jadi tinggalan. tak ramai lagi yg nak duduk di kg. tu. Yg tinggal cuma orang² tua yg nak menghabiskan sisa² hidup. ada halaman yg cantek...menghijau...bersih dan nyaman. ada halaman yg semak samun...rumah pun macam tiup je angin skit boleh runtuh... tapi yg pasti...sukar untuk melihat kelibat manusia di kg tu.

Tanpa berlengah, daun ketum di carik. Dapat satu guni daun ketum. Cepat² balik sbb dah nak senja waktu tu. Kata sepupu, kg. tu keras. jangan di buat main². silap² boleh demam tak kebah berminggu². dalam perjalanan balik, ada juga terselit kerisauan. takut² ada roadblock ke...polis ke..apa ke...maklumlah..bawak daun ketum...salah tu di sisi undang². Tapi tujuannya bukan nak mabuk air ketum. tapi nak buat ubat. ambik banyak² pasal mak dah teroffer pada uncle² & auntie kat batu gajah. Depa seme teringin nak rasa. dah pulak memasing ada kencing manis. elok sgtlah tu. akhirnya seme pakat berkelah kat umah malam tu menikmati daun ketum.

Mudah aje nak buat daun ketum. Cuma bersihkan daun² tu dan masukkan dalam periuk besar. Masukkan banyak². Then rebus sehingga air dah tinggal sikit. warna air bertukar menjadi macam air kundur or air mata kucing. kalau dah tukar warna tu, boleh la tapis air rebusan tu dan tersedia untuk minum.

Jangan sesekali minum hari² dalam tempoh yg lama. Nanti boleh ketagih. bahaya tu. Untuk merawat kencing manis ni...di nasihatkan cuma minum 2,3 gelas sekali minum untuk 1 kali seminggu. Jangan banyak kali minum. Minumlah tatkala ia suam. kalau minum sejuk or suhu air mati...alamatnya boleh pucat muka. PAHIT nak mati.

Aku dah try minum juga. Satu gelas aku minum. Boleh la layan juge skit2. Di sebabkan aku ni perokok. satu gelas x cukup untuk mengkhayalkan aku. masuk gelas ke-2...dah menampakkan kesan. badan rasa best. boleh layan apa je. aku amik keputusan lepas minum tu aku tido. layan sungguh. lena ya amat.

Malam tu habis satu guni di rebus daun ketum tu dan airnya di bahagi sikit sorang pada yg ada kencing manis. Seme nya layan air ketum malam tu. Hhahaa.. terfikir juge..kalo polis tau ni, mau tido lokap seme malam ni. tapi apa nak takut padal salah sorang uncle aku polis dan dia pun layan air ketum malam tu bersama-sama.kikikiki.

ps: jangan cuba air ketum.takde apa yg menarik selain pahit terlampau.

Blood Glucose Monitoring Systems.

alat mengukur paras gula dalam darah


Bercerita pasal sakit kencing manis ni, masa balik kg ni, ayah akhirnya decide untuk beli saje alat menguji paras gula dalam darah ni. Susah sungguh asyik nak berulang alik ke hospital untuk check level gula dalam darah. Ramai orang yang mengidap sakit kencing manis ni. Tak kira tua mahupun muda. sampaikan kena menunggu lama tiap kali nak tiba giliran. Padahal waktu untuk memeriksa level gula tu takde la mengambil masa yang lama. Tapi ramai orang. Patutlah...raja gula kat malaysia ni masih kekal menjadi orang no. 1 terkaya dia malaysia beberapa tahun berturut turut hingga ke tahun ini.Lihat sajelah peratusan org yg mengidap kencing manis ni...sudah cukup untuk mendapat gambaran betapa kayanya beliau. huhu...

Mak & ayah dah tak larat nak ke hospital. Nak check di farmasi tu boleh. Tapi setiap kali check kena RM3.00. Dua orang dah RM6.00. Bunyinya memang sikit kan. Ala...ringgit² aje...x sampai pun sepuluh ringgit, tapi di kira² kalau sebulan dah bape? hari² or selang sehari nak check..dah boleh beli gula kampit besar giler tu, jadi elok sgtlah beli saje alat pengetest tu. Jimat.

Bila dah beli...aku lah yg terpaksa jadi nurse terjun. Sekali aje aku di tunjukkan demo nak jalankan ujian tu. Syukurlah...aku teror. hihihi. Boleh lah buatkan. Untuk pertama kalinya agak kelam kabut ujian di buat. Maklumlah baru nak belajar. Tak susah pun...cuma bila tak biasa buat pertama kali mesti huru hara.

Mula² buat test tu, menggeletar aku. Mana lagi nak tukar jarum, nak bubuh alkohol pada jari, nak bidek jari tu supaya boleh keluar darah skit. argh..semua tu buat aku ketar². takut tersalah step dan takut plak tercucuk jarum tu kuat. Untuk kali pertama mencuba, habis satu rumah nak test blood sugar dalam darah. Mak,ayah, abang, sepupu, uncle & auntie. Semua aku buat. Sana sini la kertas alkohol tu berdarah². pengalam ni memang tak boleh aku lupa punyalah pasni.

Seperti yang di jangka. Warga² emas memang tinggi sekali paras gula dalam darah diorang. Dah tuakan...tak kuat lagi nak menghasilkan insulin yg boleh menyeimbangkan paras gula dalam darah. makan pulak ikut sedap tekak aje. ni la hasilnya.

Aku check untuk diri sendiri juga. 5.7 bacaan paras gula dalam darah. kira terbaik lah ni. normal.cantek la tu kiranya. Jangan melebihi bacaan 10 ke atas. Ini bahaya. Perlu rawatan dan pantang makan. Bila tinggi bacaan pada mak & ayah...mereka dah mula risau dan cuba mencari cara lain selain memakan ubat hospital.

Next kita citer pasal daun ketum ok.

Wednesday, April 14, 2010

Batu Gajah.

stesen keretapi baru batu gajah,perak.

Hari ni 14 April. Niat nak balik kampung di Batu Gajah aku tunaikan jugak akhirnya pada hari ni. lama dah nak balik. Rindu sangat pada anak-anak bulu yg di tinggalkan kat kampung. Selain tu nak jenguk² mak & ayah. Risau juga bila dengar mak dah kena sakit 'kencing manis'. Sebelum ni mak ok je. Tau² dah kena. So sekali lah tu. Balik menjenguk apa yang patut.

Perjalan balik memakan masa 2jam 45minit dari kl sentral ke batu gajah dengan menaiki tren shuttle. agak membosankan...tapi selesa kerana tiket di 2nd class dan takde plak orang dok sebelah. Sejuk bukan main. alhamdullilah..semenya ok je.

Sampai umah dah penat. Bersantap dulu then terus tido. Memula sampai...dah tentulah teruja sangat nak jumpa anak² bulu. Syukurlah...anak² bulu sihat² aje. Cuma Obi tak bape nak ok skit. Mak & ayah..sihat aje. Cuma susah hati mengenang cucu jauh di kelantan tu. entahkan ok..entahkan tidak cucu nan sorang tu. entahlah.

Kepulangan aku ke Batu Gajah di sambut dengan hujan lebat terlampau di malam harinya dan esoknya di hidangkan plak dengan cuaca panas terik. Hasilnya dapatlah aku selsema yang teruk. Urmm..dah jadi lumrah dah...tiap kali balik kg. mesti selsema teruk. Tapi mujurlah satu hari je sakit. Hari² seterusnya ok.



Monday, April 12, 2010

Mengejutkan.


Sangat mengejutkan bila mendengar cerita dari mak kisah yang datang dari kelantan 2,3 hari yang lepas. Macam tak percaya. Tapi kena percaya. Kena terima. Bahasawanya masih wujud golongan tak bersopan macam tu.

Difikir2.. mungkin ini balasan kepada empunya cerita. Tapi jauh di sudut hati, ada rasa kesal dan sedih dengan kejadian yang berlaku. Kesal juga..kerana itulah harapan terakhir mak&ayah. Dapat ahli keluarga baru yg boleh di harap. Sekurang kurangnya dapat menjaga makan pakai anaknya. Namun tuhan lebih mengetahui. Kenapa dia memberi dugaan semacam itu pada empunya cerita.

Sedih. Kerana selama 30 tahun hidup, Mak memang mengharapkan sesuatu yg baik. Sesuatu yang boleh membahagia kan hidup dia. Susah payah dia jaga anak kesayangannya itu. Di harap bila tiba masa anaknya akan dijaga sebaik dia menjaga si anak. Kalaupun tidak...hampir2 pun jadilah. kalaupun tak berdaya juga...janganlah bermasam muka dan tak bertegur sapa dengan mak. Apa salah mak yea? tak dapat aku nak jawab. Itu semua rahsia tuhan.

Berbekas juga kat hati ni bila dengar citer, saudara sedarah sendiri yang agak rapat sebelum kawinnya menitiskan airmata. meletakkan egonya ketepi dek kerana kecewa dan menahan rasa di herdik sebegitu rupa. Bukan dia tak berusaha memulihkan keadaan yang ada. Dah takdir. Dah pulak...takdir tu di cipta sendiri dek keluarga belah sana. alangkah berbekas mendengar cerita. Sebagai adik yang paling muda, terasa terhina sama bila mendengar cerita berkenaan. Namun sebagai adik juga...aku tak boleh berbuat apa2 melainkan mendengar cerita. berdoa agar semuanya pulih sebaik2nya.

Hati tertanya tanya, apa silapnya di sini. Kenapa boleh jadi macam ni. Kami mungkin miskin kekayaan dunia...tapi kami sekeluarga kaya kasih sayang & kaya sopan santun. Bukan hendak mendabik dada..mengatakan kami sekeluarga ini baik2 belaka...namum percayalah... banyak kali kami terluka kerana mahu memuaskan hati orang2 lain. Bukan sikit hinaan yang di terima. Sampai kena halau pun ada. Entahlah. Sudah nasib agaknya.

Selepas mendengar cerita, satu malam kepala goyang2 memikirnya. kalau boleh takmau pikir...tapi bila hati rasa terusik...rasa berbekas...tak boleh elak dari terkenang2 memikirkannya. Entah kenapa rasa sayu mendengar cerita.

Aku sendiri belum sempat menatap secara bersemuka dengan anak saudara yang baru tu...dah timbul macam2 cerita. sangat terkilan. sangat terluka. semoga allah memberi kan pembalasan dan keadilan yg setimpal dengan tiap bait kata2 dan perlakuan kepada mereka2 yang terlibat. secebis kisah dari kelantan.

z.zuha

Saturday, April 10, 2010

5.40 am | 10 April 2010 | Sabtu |

1st layout untuk blog ni :)


Cuba. Cuba Melantunkan Kata-Kata Untuk Kepuasan Sendiri. Melantunkan Kata-Kata Untuk Sebuah Memori Pada Masa Depan.

Aku Akan Mencuba.

Mencuba Untuk Melantun Kata. Tatkala Ria Mahupun Duka.

Aku Akan Mencuba.

Walau Telah Berkali Terkandas Untuk Sekian Kali nya.

Aku Akan Mencuba.

Melantun Kata-Kata.


zuha.