Monday, September 20, 2010

Amarah.

Urmm... entah kenapa lah agaknya selepas balik dr kg utk beraya, perasaan ni rasa serba tak kena. Rasa nak marah je 24jam. Rasa macam 2,3 bulan marah ni dah terpendam...dan sekarang.... perasaan tu meletup ~!

Apa yg berlaku sebenarnya? Seme menda + keadaan rasa x puas hati. Itu tak kena...Ini tak kena... benci..meluat. semua nya bersatu menjadi satu rasa yg amat2 menyakitkan.

Entah dari mana punca semua perasaan ini datang. Sejak dari raya pertama lagi... semuanya rasa serba tak kena. Cuba abaikan...cuba lepaskan.... macam menunggu nunggu je nak meledak.

Puas sudah berdoa, tak tau berapa banyak doa di perlukan untuk menenangkan hati sendiri. Puas sudah menasihati diri sendiri supaya banyakkan bersabar. Api amarah tu tetap datang menunjuk nunjuk diri.

Apa yg bersarang? Apa yg tidak kena? Ujian apakah ini? Kenapa tuhan anugerahkan aku perasaan yg menyakitkan seluruh ketenangan hidup? setiap sendi dan urat terasa longlai dan ngilu. Menahan amarah x berpenghujung.

Astaq'rafirullahalazim....