Thursday, May 13, 2010

Majlis Perkahwinan sepupu.


Pada 9hb may 2010 hari tu, aku telah menghadiri satu majlis perkahwinan di jalan kuchai lama. Ikutkan memang agak malas nak pergi...maklumlah...hari sabtu ahad ni biasanya adalah masa untuk window shopping, shopping or lepak2 aje dekat rumah. Tapi parent pun dah datang KL, ayah plak beria2 ajak pergi...rasanya tak patut pulak la x pergi. Lagipun, dengarnya opah yg dah sekian lama x aku jumpa pun ada sekali. ermm... tua dah opah. tapi alhamdullilah...masih sihat lagi dia. takde la menyusahkan sape2. opah memang seorang insan yg baik dan sangat penyabar orangnya.

Berbalik kepada cerita majlis kahwin tadi. Majlis ini bukanlah majlis orang lain pun. Adik sepupu aku jugak yang kawen. Muda lagi, tapi dah sampai seru nak kawen, maka kawen lah mereka. Eloklah, dari terlanjur di sana sini seperti bebudak zaman skang ni. Lagipun, adik sepupu aku ni kira dah stabil la jugak hidupnya. Maklum lah..kerja sama gomen. rumah pun dah gomen sediakan. tinggal lagi nak isi barang rumah. jenguk2 rumah pun macam dah penuh aje segala. baguslah camtu.

Memang agak ganjil bila menghadiri majlis kahwin kali ini. Di tengah kesesakkan jalan dan parking2 yang penuh di kiri kanan rumah flat di sebelah pengantin perempuan, tapi majlis tidak kurang hebatnya. Ada karoke...ada pencak silat....ada kompang berkumandang...ada pelamin yang terbentang di tengah2 jalan dengan gahnya....dengan begitu ramai tetamu..terpinga pinga aku di buatnya. Itu belum lagi ada acara melepaskan 3,4 ekor burung dari sebuah sangkar yang sengaja di buat khas untuk majlis ni. dengan buah tangan dalam paper beg bg setiap tetamu yg datang...agak mahal isi nya...sungguh menerujakan. Bila di kira2 sendiri...sudah pasti majlis kawen ni mencecah puluhan ribu ringgit.besar belanjanya. kaya rupanya keluarga sebelah pengantin perempuan walaupun hanya duduk flat sesak di tengah2 kuchai lama tu. Suasana macam ni hanya dapat aku bayangkan di kampung2. maklumlah...dengan keluasan tanah kampung....mesti macam2 yg boleh di buat. Tapi x sangka...dalam sempit2 di tengah2 kota...mereka yg menguruskan majlis ini berjaya berbuat apa saja yg terhajat di hati. Begini rupenya orang bandar membuat majlis kawen kalau di rumah. hehhe...

Kalau aku nak kawen plak...simple aje. ada majlis akad. doa selamat. ajak sahabat handai terdekat dan ahli keluarga terdekat. sudah cukup. duit beribu2 tu baik aku buat belanja untuk honeymoon sepuas hati. sekian. :)



Tuesday, April 27, 2010

Curve Blackberry.

Entah mengapa, kali ini...aku tidaklah seghairah sebelumnya tiapkali dapat telefon baru ( takde la banyak kali pun tukar hp). Rasa suam² saje perasaan ni bila dapat telefon baru. Maybe sebab aku tak mengidamkan sebuah telefon semacam blackberry ni. Fungsi yang terhad apabila tidak di sertakan dengan BIS ( blackberry Internet service ) membuatkan aku kurang berkenan dengan telefon ini. Untuk memiliki telefon ini saje sudah mencecah RM yang banyak sekali. Itu belum kira aksesori yang lain. Bila dah dapat.. tidak pula boleh menggunakan ke semua aplikasi yang ada dengan semaksimum yang mungkin. Semuanya bergantung pada BIS. Tiada BIS, seumpama kapal tiada layar...tak boleh bergerak. Bukan tak boleh melanggan BIS, tapi rasanya satu pembaziran apabila perlu membayar untuk BIS berkenaan yang tidaklah di perlukan sangat . Mana tidaknya...kalau di ofis..sudah tentu ada di sediakan line internet...di rumah pulak ada broadband @ streamyx....pada masa bila yea.. BIS ini sangat berguna? Bila keluar berjalan² ? Dah keluar buat cara nak keluar... kalau keluar pun masih nak mengadap facebook,blog,twitter & etc.. baik kita duduk saje di rumah.

Mungkin......aku belum berjumpa dengan keistimewaan blacberry ini. Apapun..terimakasih banyak² pada sanggup menghadiahkan aku sebuah smartphone blackberry ni. Paling tidak...aku akan jaga dan sayang phone ni kerana orang yang memberi phone ni. yealah....aku akan langgan BIS sebab dia. :)

Sunday, April 18, 2010

Coffin Exhibition





Balik dari batu gajah hari sabtu tiba di kl sentral lebey kurang pukul 2.3o petang. Takde plan ape²...so tak tau apa nak buat akhirnya buat keputusan aku dan partner akan pergi ke muzium. Dekat aje dari klsentral. Lagi pun di muzium ada exhibition keranda. Jadinya kami pergi ke sana untuk melihat sendiri keranda² yang wujud di malaysia ni.

Pada mulanya memang dah menyiapkan diri supaya jangan takut or rasa seram. Sebab sebelum ni pernah pergi muzium juga tengok pameran hantu. Hah!...time tu seram. Kali ni nak tgk pameran keranda. Takut juga...kalau² terbawak² nanti.

Bila dah sampai, sebelum tgk pameran, pergi isi perut sekejap. lapar plak. maklum la makan cuma waktu sarapan seawal 9 pagi. Cafe muzium memang teruklah...kecik aje. Maybe perlu di pelbagaikan. Harganya boleh tahan mahal. Rasanya boleh tahan tak sedap. Dek kerana lapar..makan jugaklah.

Lepas tu, kami pun masuk ke pameran dengan bayaran RM2.00 setiap kepala dan RM3.00 kalau nak snap gambar. Apalah perlunya RM3.00 tu ...urrmm...dan x tau la kenapa hari tu baik hati sangat pergi bayar RM3 tu...orang lain snap bagai nak gile...tapi x bayar pun.

Masuk²..mula² sekali dah ada kubur buatan...lepas tu tunjuk rangka manusia... oh...seram juga yea...kemudian...masuk lebih dalam lagi...dan lagi...dan lagi.... di simpulkan... takde seram mana gi pameran ni pasal mayat² yang ada dalam keranda hanyalah buatan manusia...bukan yang asli punya mayat. takde mayat awet. oh bersyukurlah..... senang hati nak melawat pameran. Tapi rasanya pameran ni macam x cukup rasa lah.... rasa macam sikit sgt keranda² yang di pamerkan. Maybe juga keranda² ni hanya datang dari malaysia bukan seluruh dunia. Terpikir balik kan..RM2..apa lah yg depa boleh bagi lebih dari tu. Kira oklah.

Cuma nak komplain. Aircon kat muzium sangat² mengecewakan...panas betul dalam tu...dah la ramai orang bersesak sesak... jadi tak selesa nak membaca info² yang ada. sudahnya 2 kali pusing dalam bilik pameran...2 kali lah hanya tengok keranda²... tak bkesempatan nak baca info² yang ada. Rasa panas tu membuatkan rasa nak cepat keluar dari bilik tu.

Kemudiannya bila keluar...cuaca memang sangat panas... x boleh tahan...terus cabut dari muzium. Lagi pun perut dah lapar balik.

Secara keseluruhan...tidaklah menarik lawatan kali ini. sekian.

Saturday, April 17, 2010

Roadtax

Contoh roadtax dedulu. hehe...

Dah masuk 2 tahun dah motor yang aku pakai. Ini untuk kali ke 3 Roadtax di renew. Kali ni amik insuran sendiri. Tak mau lagi pakai kedai. mahal gile. Syukurlah, selepas sebulan sangkut untuk renew roadtax,akhirnya selamat dah di renew. Takde la rasa takut² lagi nak ronda² or merempit guna motor. walaupun xde lah kemana sangat aku menggunakan motor tapi rasa x sedap kalau roadtax dah mati. skang rasa senang hati.