Thursday, July 22, 2010

Hola.



Hola.

Te gusta?

si el amor para dejar un comentario.
dime lo que te gusta de mí.

puede?

Hati.


Bercakap soal hati, memang sesuatu yang rumit. kadang-kadang soal hati payah untuk kita luahkan dalam apa jua medium yang ada. Soal hati sendiri..selalunya ramai orang di sekeliling kita tidak mampu memahami apa yg tersurat di hati kita walau macam-macam cara cuba kita terangkan tentang hati kita. Dan yang lebih buruk...soal hati terkadang kita sendiri sukar untuk memahaminya sendiri. Ia datang dengan sendiri. tidak di paksa, di kerah mahupun di pengaruh. Nun jauh dalam hati... ia datang sendiri. Ya...satu perasaan aneh yg kadang-kadang kita suka akan kedatangannya...dan terkadang...kita tidak mahu ia hadir...tapi ia hadir juga hingga mengganggu emosi.

Cuba tepis....cuba elak...cuba lupakan...cuba buat-buat x pernah tahu akan kewujudannya...tapi hati tidak pernah membohongi kita.....permukaannya kita boleh nyatakan...kita boleh menepis rasa yang bersarang di dalam hati....tapi nunn jauh dalam hati.... ia tetap menyatakan..apa yang kita rasa sebenarnya. Ia adalah amat meletihkan jikalau kita sudah mula cuba untuk menepis rasa hati yang jujur itu. perit. sangat mengganggu. tapi ia tetap di situ. di satu sudut....ia sudah tertulis. mahu tidak mahu....kena terima.

Ia mulanya datang bertandang... hati ini senyum melihat ia datang...minda berfikir...ia cuma satu perasaan halus yang sedang cuba membelai jiwa. Hati terima... menerima hanya sekadar mahu melepas rasa. Hati senyum lagi. Minda leka. Minda terbuai....rasa halus itu terus membelai....kali ini lebih dalam....ia cuba mencari tapak untuk mengukir rasa yang lebih dalam. Minda terpedaya...hati sudah terpaut. Apa daya lagi. Terima ?

Bila menerima, hanya ada dua rasa yang akan kita rasai selepas itu. terbuai atau jatuh dari buai. Realitinya kita nampak apa yg berlaku di hadapan. Namun..kita berbalik pada rasa...pada jiwa...pada soal hati.... nun jauh di sudut dalam hati... kita tidak boleh mengelakkannya lagi. Seban itu di katakan...soal hati payah di mengertikan. kita tiada pilihan sebenarnya. terhiris dan menghiris apabila kita terbuka menerima perasaan halus itu.

Apa akan jadi kalau kita menolaknya? 100% menolak. sama juga jalan ceritanya. terhiris dan menghiris. Cuma kita lepas satu perkara. Kita tidak rasa di buai...maka 100% kita tidak akan jatuh dari buai. Tapi risikonya tetap ada... ia berbekas dalam di sudut hati kita itu. tertanamnya ingatan kita pada penolakkan tadi. Ia terjadi kerana ia soal hati....

Sungguh. Sungguh aku terpana dengan kekuasaan halusnya rasa hati. Ia meruntun runtun.

Hati, sampaikan pesan pada minda supaya jangan sesekali berputus asa.

Minda....beritahu hati.....belaslah pada tuan punya hati.

Ia sangat terkesan. entah kenapa.